Saya berkesempatan mendengar satu audio siar yang sangat menarik dari al-Ustaz Wadah Khanfar yang bertajuk: ‘Al-Aqsa Titik Pertembungan’.
Dalam pengisian ini, beliau sebut ada tiga peristiwa penting Rasulullah bersama Palestin:
1. Selain Isra’ dan Mi’raj yang berlaku dan sebagai pembuka ‘hubungan kerohanian dan kenabian’ antara Rasulullah SAW dengan Al-Aqsa.
Saya baru sedar bahawa ketika Rasulullah SAW jejak kaki di Tanah Suci itu, Baitulmaqdis di bawah kekuasaan Yahudi (dengan bantuan kuasa besar pada ketika itu Parsi). [Lebih kurang situasi kita sekarang ini]
2. Kemudian, kali pertama Rasulullah SAW ‘mengetuk pintu’ Rom Byzantine ialah pada Perang Mu’tah yang berlaku pada 8H/629M.
Ini adalah pertembungan kali pertama antara Islam dan Rom Byzantine.
3. Kali kedua pertembungan berlaku adalah pada Perang Tabuk yang berlaku pada 9H/630M.
Tetapi pertempuran tidak berlaku, kerana tentera Rom dikatakan tarik diri saat akhir.
4. Peristiwa ketiga adalah berlaku saat Rasulullah SAW hampir wafat. Ya, Rasulullah SAW sedang sakit, tetapi Rasulullah SAW tetap teruskan taktikal politiknya, yang lain yang tidak bukan adalah untuk kuasai keseluruhan Baitulmaqdis.
Ibn Hisham riwayatkan dalam kitab sirahnya, arahan baginda SAW kepada Usamah bin Zaid:
“وأمره أن تطأ خيوله تخوم البلقاء والداروم من أرض فلسطين”.
Maksudnya:
“Baginda memerintahkan kudanya menjejakkan kaki di sempadan Balqa dan Darum di bumi Palestin”.
5. Jadi di mana Balqa’ dan Darum ini?
Balqa’ sangat makruf sebagai sebuah kawasan di Jordan.
Jadi Darum ini di mana?
Darum adalah sebuah nama kuno sejak Zaman Kaum Kan’an.
Kawasan ini terletak dekat dengan Rafah dan Khan Younis.
6. Pada 1930, Darum dikenali sebagai Kfar Darum, telah menjadi kawasan penempatan haram dalam Daerah Gush Katif.
Tetapi pada 2005, para pejuang Gaza berjaya menghalau penuh segala entiti haram ini.
7. Kini, Kfar Darum atau al-Darum lebih dikenali dengan nama ‘DEIR AL-BALAH’.
Kenapa al-Balah? Kerana kawasan ini subur dengan tanaman tamar (Balah).
8. Ya teman-teman, Rasulullah SAW memulakan ekspedisi baginda di Syam adalah untuk dapatkan ‘Hadiah Utama’nya, iaitu Palestin.
Sehingga ke akhir hayat baginda, Palestin tetap berada di jiwa baginda.
صلوا على النبي.
Anas Bad Latif
Penyelidik Dunia Palestin