Hari Asyura: Taghut akan berakhir bila tiba masanya

Asyura mengingatkan kita bahawa orang Islam mesti meneruskan perjuangan para Anbiya’ AS menentang taghut. Simbol yang diangkat di Hari Asyura adalah perjuangan Nabi Musa AS menentang Firaun.

Asyura mengingatkan kita bahawa sekuat mana pun taghut, kuasa Allah tetap tidak ada bandingannya. Sentiasalah yakin bahawa Allah akan memberikan kemenangan kepada umat Islam yang lemah jika cukup syarat dan sampai masanya.

Asyura mengingatkan kita tentang kepalsuan Yahudi yang kononnya sayang kepada Nabi Musa AS dengan berpuasa di Hari Asyura tetapi memperlekeh dan menyelewengkan Taurat.

Asyura mengingatkan kita bahawa umat Islam perlu berbeza dengan Yahudi walaupun dengan hanya menambah puasa sunat sehari sebelumnya iaitu Tasua’.

Asyura mengingatkan kita bahawa puasa adalah ibadah agung yang disyariatkan ketika Islam kuat. Persyariatan puasa hanya di Madinah dan tidak ada di Mekah. Mengajar kita bahawa lagi kuat dan kukuh Islam lagi perlu kita tunduk kepada syariat Allah.

Asyura mengingatkan kita tentang kejelekan Syiah yang cuba memberi wajah baru kepada Asyura dengan mencipta hari kesedihan Karbala menggantikan hari kemenangan Nabi Musa AS.

    Selamat berpuasa.

    Taqabbalallahu minna wa minkum.

    Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
    Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

    Total
    0
    Shares
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Previous Post

    Siapakah Mohammed Deif, Panglima Tertinggi Briged Al-Qassam?

    Next Post

    Gaza perlu 15 tahun bersih runtuhan akibat perang Israel

    Related Posts