Perkhidmatan kesihatan Gaza lumpuh, Israel terus halang akses bahan api

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Selasa berhubung keruntuhan perkhidmatan kesihatan penting di Semenanjung Gaza, susulan tindakan rejim penjajah Israel yang terus menghalang akses kepada bekalan bahan api dan bantuan kritikal.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, berkata dalam satu sidang media bahawa “rakan-rakan kemanusiaan kami melaporkan bahawa akses kepada perkhidmatan kesihatan asas kekal amat terhad bagi penduduk di seluruh Semenanjung Gaza, khususnya kumpulan paling berisiko.”

Dujarric berkata lebih daripada 150,000 wanita kini berisiko mengalami komplikasi kesihatan yang serius.

“Situasi bekalan bahan api semakin meruncing, dengan bekalan petrol yang boleh diakses hampir habis dan rizab diesel juga berada pada paras kritikal,” katanya, sambil memberi amaran bahawa baki bekalan yang ada sedang diutamakan untuk sektor kesihatan, sanitasi air dan sistem telekomunikasi.

“Rakan-rakan kemanusiaan kami telah berulang kali cuba untuk mengambil semula bekalan bahan api dari kawasan-kawasan yang kini tidak dapat diakses, sama ada kerana berada di bawah arahan pemindahan aktif atau terletak di zon larangan yang memerlukan pergerakan kemanusiaan diselaraskan dengan rejim penjajah Israel,” katanya.

“Namun, usaha kami untuk mengakses kawasan-kawasan ini sering kali ditolak,” tambahnya, sambil mendedahkan bahawa “pada hari ini sahaja, rejim penjajah Israel menolak cubaan agensi-agensi PBB untuk mengambil bahan api dari Rafah.”

“Secara keseluruhan, kami dan rakan-rakan kami telah mencuba lima pergerakan yang diselaraskan hari ini, namun empat daripadanya ditolak. Satu-satunya pengecualian hanyalah berkaitan dengan pertukaran kakitangan dan bukannya penghantaran bantuan,” katanya. – Anadolu

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan Syria tolak sertai Perjanjian Abraham dan normalisasi Israel

Next Post

Pimpinan Hamas terima kunjungan Menteri Luar Afghanistan di Doha

Related Posts