Pimpinan Hamas terima kunjungan Menteri Luar Afghanistan di Doha

Ketua Majlis Kepimpinan Hamas, Muhammad Darwish menerima kunjungan Pemangku Menteri Luar Negeri Emiriah Islam Afghanistan, Mawlawi Amir Khan Muttaqi dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung di Doha pada Khamis.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah anggota Majlis Kepimpinan Hamas, termasuk Khaled Meshaal, Khalil Al-Hayya, Nizar Awadallah dan Zaher Jabarin.

Menurut kenyataan rasmi Hamas, kedua-dua pihak membincangkan perkembangan terkini berkaitan pencerobohan berterusan rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza, termasuk jenayah pembunuhan beramai-ramai dan sekatan makanan yang dikenakan terhadap rakyat Palestin.

Darwish dalam ucapannya memuji pengalaman rakyat Afghanistan dalam menghadapi penjajahan serta menyatakan penghargaan terhadap pendirian kukuh Afghanistan dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Beliau turut menegaskan komitmen rakyat Palestin untuk terus mempertahankan tanah air dan hak mereka serta meneruskan penentangan sehingga kebebasan dan kemerdekaan sepenuhnya tercapai.

Sementara itu, Muttaqi menyatakan sokongan berterusan Afghanistan terhadap perjuangan Palestin yang disifatkan sebagai isu utama umat Islam serta menzahirkan penghargaan terhadap ketabahan rakyat Palestin dalam mempertahankan Masjid Al-Aqsa. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Perkhidmatan kesihatan Gaza lumpuh, Israel terus halang akses bahan api

Next Post

Kapal Freedom Flotilla diserang dron Israel berhampiran pulau Malta

Related Posts