Hamas: Israel perlu patuh perjanjian sebelum senjata Palestin dibincang

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem berkata terdapat perbincangan di Kaherah bersama pelbagai kumpulan Palestin dan negara-negara penjamin berhubung pelaksanaan fasa pertama perjanjian gencatan senjata serta peralihan ke fasa kedua, termasuk isu senjata Palestin.

Dalam temu bual khas bersama Quds Network, beliau berkata penjajah Israel perlu dipaksa melaksanakan sepenuhnya semua syarat dalam fasa pertama perjanjian itu sebelum sebarang perbincangan mengenai cara menangani senjata Palestin.

“Hamas menolak mengaitkan segala-galanya dengan isu senjata kerana ia mencerminkan berat sebelah yang jelas kepada penjajah (Israel) dan naratifnya,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Hamas terbuka untuk membincangkan semua isu berkaitan perjanjian gencatan senjata selepas fasa pertama dilaksanakan sepenuhnya.

Menurut beliau, pelaksanaan penuh fasa pertama perlu merangkumi isu kemanusiaan dan bantuan, menghentikan pelanggaran oleh penjajah Israel serta memastikan segala keperluan asas dapat disalurkan kepada rakyat Palestin.

Katanya, selepas itu perbincangan boleh diteruskan ke fasa kedua, termasuk pembentukan jawatankuasa nasional Palestin bagi mentadbir Semenanjung Gaza, penempatan pasukan antarabangsa serta isu senjata Palestin.

Qassem berkata apa yang diperlukan ketika ini ialah jaminan terhadap pelaksanaan fasa pertama diikuti fasa kedua, sambil menambah bahawa Hamas akan bersikap positif dalam menangani pelbagai isu berkaitan. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gaza perlukan AS$71.4 bilion untuk pemulihan dan pembinaan semula

Related Posts