BDS Malaysia sokong larangan Waze, gesa kerajaan batal kontrak AWS

BDS Malaysia menyambut baik arahan kerajaan melarang penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi Waze, namun menggesa kerajaan mengambil langkah sama terhadap Amazon Web Services (AWS) dengan menamatkan semua kontrak dan hubungan dengan syarikat itu.

Dalam kenyataan medianya, BDS Malaysia berkata tindakan kerajaan terhadap Waze atas faktor keselamatan dan kedaulatan negara perlu disusuli langkah konsisten terhadap AWS, yang didakwa mempunyai kaitan dengan operasi ketenteraan Israel di Gaza menerusi Projek Nimbus.

Menurut pertubuhan itu, penglibatan AWS dalam projek berkenaan yang menyediakan perkhidmatan teknologi awan kepada kerajaan Israel menimbulkan kebimbangan mengenai peranan syarikat itu dalam konflik Palestin.

BDS Malaysia turut memberi amaran bahawa pemberian projek kepada AWS di Malaysia berpotensi mendedahkan data sensitif kerajaan kepada syarikat berkenaan, sekali gus menimbulkan risiko terhadap keselamatan negara.

Sehubungan itu, BDS Malaysia menegaskan kerajaan perlu menamatkan semua kontrak dan hubungan dengan AWS bagi memastikan pendirian berkaitan keselamatan negara selari dengan komitmen Malaysia terhadap perjuangan pembebasan Palestin.

Pertubuhan itu berkata pihaknya bersama 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain pernah mengeluarkan kenyataan berhubung AWS dan Projek Nimbus pada 6 Oktober 2024.

BDS Malaysia berpandangan tindakan terhadap Waze tidak seharusnya terhenti setakat itu, sebaliknya perlu diperluas kepada AWS berdasarkan kebimbangan yang dibangkitkan berhubung keselamatan negara dan sokongan terhadap Palestin. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mufti Besar Libya dakwa AS dan Israel campur tangan kepimpinan Libya

Next Post

Israel lanjut larangan Syeikh Ikrimah ke Masjid al-Aqsa selama enam bulan

Related Posts