Sistem Kesihatan Gaza di bawah ancaman serius, WHO desak henti serang hospital

Rakyat Palestin yang tercedera dibawa keluar dari hospital Kamal Adwan hospital di utara Gaza, selepas tentera Israel menyerang fasiliti kesihatan itu. – REUTERS

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus memaklumkan sistem kesihatan di Semenanjung Gaza berada dalam ancaman serius, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Hentikan serangan ke atas hospital. Penduduk Gaza memerlukan akses kepada rawatan kesihatan dan petugas kemanusiaan memerlukan akses untuk memberikan bantuan kesihatan,” katanya.

Tedros turut mendedahkan bahawa Hospital Al-Ahli dan Hospital Pemulihan Al-Wafa di Bandar Gaza telah diserang oleh tentera Israel, menyebabkan kerosakan pada kedua-dua bangunan itu.

WHO dengan kerjasama rakan-rakannya, telah menghantar bekalan perubatan penting, makanan, dan air ke Hospital Indonesia.

Sepuluh pesakit dalam keadaan kritikal dipindahkan ke Hospital Al-Shifa, namun empat daripada mereka telah ditahan oleh tentera Israel semasa proses pemindahan.

Beliau mendesak pihak berkuasa penjajah untuk menghormati keperluan dan hak kesihatan para pesakit itu.

Selain itu, Tedros meminta pembebasan Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr Hussam Abu Safia.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sejak bermulanya pencerobohan pada 7 Oktober 2023, kira-kira 1,060 petugas kesihatan di Semenanjung Gaza terbunuh, lebih 310 lagi ditahan, ratusan cedera, dan kira-kira 130 ambulans dimusnahkan.

Serangan ke atas infrastruktur perubatan telah menghalang orang awam daripada mendapatkan perkhidmatan kesihatan asas.

Pertubuhan-pertubuhan PBB juga memberi amaran bahawa jumlah bekalan perubatan yang memasuki Gaza tidak mencukupi untuk menyokong respons kesihatan. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bayi 20 hari meninggal dunia akibat kesejukan melampau

Next Post

Israel tolak 140 permohonan PBB masuk ke Gaza

Related Posts