Kumpulan pejuang Palestin, Hamas menyifatkan pengunduran Israel dari Koridor Netzarim di tengah Gaza sebagai “petunjuk kegagalan matlamat perang Israel.”
“Kepulangan penduduk yang dipindahkan, pertukaran tahanan yang sedang berlangsung, dan pengunduran dari Netzarim semuanya membongkar pembohongan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang mendakwa telah mencapai kemenangan sepenuhnya ke atas rakyat kami,” kata Jurucakap Hamas, Abdul Latif al-Qanou dalam satu kenyataan.
“Setiap percubaan oleh tentera penjajah untuk mengenakan kawalan ketenteraan ke atas Gaza dan memecahkannya telah gagal di hadapan keberanian para pejuang dan keteguhan rakyat kami,” tambahnya.
Jurucakap Hamas itu turut berkata bahawa Presiden AS, Donald Trump akan gagal mencapai matlamatnya di Gaza “melalui urus niaga hartanah dan perantaraan” sebagaimana Israel gagal “melalui 15 bulan kebuluran, pembunuhan beramai-ramai, dan kemusnahan sistematik.” – Anadolu