Israel tolak 140 permohonan PBB masuk ke Gaza

Whittall turut memaklumkan bahawa keluarga Palestin di kawasan Jabalia hidup di bawah kepungan Israel selama lebih dua bulan. Pegawai PBB itu menegaskan bahawa rakyat Palestin yang dipindahkan secara paksa dari utara Semenanjung Gaza dari kawasan seperti Jabalia, Beit Hanoun dan Beit Lahia hidup dalam keadaan yang sangat sukar di sekitar Bandar Gaza.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan pihak berkuasa pendudukan Israel dilaporkan menolak lebih 140 permohonan PBB untuk memasuki utara Semenanjung Gaza dalam tempoh dua bulan lalu, menurut laporan Agensi Berita Palestin (WAFA).

Kenyataan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan di Wilayah Pendudukan (OCHA), Jonathan Whittall, semalam.

Beliau menjelaskan bahawa tentera pendudukan Israel terus melancarkan serangan udara di kawasan Jabalia dan sekitarnya, yang turut menyasarkan hospital serta petugas kesihatan.

Menurut beliau, PBB berusaha mendapatkan akses ke utara Gaza sejak dua bulan lalu, namun permohonan itu ditolak lebih 140 kali oleh pihak berkuasa Israel.

Whittall turut memaklumkan bahawa keluarga Palestin di kawasan Jabalia hidup di bawah kepungan Israel selama lebih dua bulan.

Pegawai PBB itu menegaskan bahawa rakyat Palestin yang dipindahkan secara paksa dari utara Semenanjung Gaza dari kawasan seperti Jabalia, Beit Hanoun dan Beit Lahia hidup dalam keadaan yang sangat sukar di sekitar Bandar Gaza. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sistem Kesihatan Gaza di bawah ancaman serius, WHO desak henti serang hospital

Next Post

Pihak berkuasa Palestin gantung penyiaran Al Jazeera

Related Posts