Jihad Islam Palestin tegaskan kesatuan perjuangan pembebasan

Gerakan Jihad Islam Palestin pada Isnin menegaskan pendiriannya untuk terus berjuang bersama semua kumpulan pejuang, khususnya Hamas, sehingga seluruh tanah Palestin dibebaskan dan negara merdeka didirikan.

Dalam kenyataan sempena ulang tahun ke-38 penubuhannya yang turut bertepatan dengan ulang tahun kedua operasi “Taufan al-Aqsa”, gerakan itu menolak sebarang usaha politik yang bertujuan mencapai apa yang gagal dicapai oleh penjajah Israel melalui tekanan ketenteraan.

“Semua percubaan untuk menamatkan perjuangan rakyat Palestin akan gagal di hadapan keteguhan rakyat dan kekuatan pejuang,” menurut kenyataan itu.

Jihad Islami menyatakan rakyat Palestin telah menanggung perang genosid selama dua tahun berturut-turut yang menyasarkan manusia dan infrastruktur di Gaza. Penjajah Israel juga dilaporkan menggunakan kelaparan dan pengusiran sebagai senjata untuk menghapuskan kehadiran Palestin di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

“Kami tidak akan membenarkan penjajah mencapai matlamatnya yang gagal dicapai melalui peperangan, walau setinggi mana tekanan politik yang dikenakan,” tegas kenyataan itu lagi.

Gerakan itu turut menuntut gencatan senjata menyeluruh di Gaza, pengunduran penuh tentera Israel, penamatan sekatan, percepatan kemasukan bantuan kemanusiaan serta pelancaran proses pembinaan semula yang menyeluruh.

Selain itu, kenyataan tersebut menolak sebarang usaha untuk membahagi atau merampas Tebing Barat dan menyeru kepada perpaduan pendirian Palestin serta penegasan hak pelarian untuk kembali ke tanah asal mereka.

Gerakan Jihad Islami turut menzahirkan penghargaan terhadap negara dan rakyat di seluruh dunia yang terus menyokong perjuangan rakyat Palestin. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas: Rakyat Palestin terus sumud menentang penempatan haram

Next Post

Taufan al-Aqsa: Dua tahun keteguhan lagenda dan pertempuran

Related Posts