Jihad Islam berkata, kabinet jenayah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ‘berangan’ jika percaya ia mampu merampas kawalan dan melakukan pengilhakan ke atas Tebing Barat.
Pergerakan pejuang Palestin yang berpangkalan di Semenanjung Gaza mengeluarkan kenyataan itu pada hari Selasa, seminggu selepas entiti penjajah Zioinis melancarkan serangan berdarah besar-besaran terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat.
“Pencerobohan kejam di Tebing Barat yang diduduki memasuki hari ketujuh, dengan tentera penjajah Nazi ‘Israel’ meneruskan serangannya, melakukan semua bentuk jenayah perang, termasuk hukuman mati di lapangan, penangkapan rambang, penyeksaan kejam, pengepungan hospital, perobohan rumah, pemindahan penduduk secara paksa, kemusnahan infrastruktur, dan perpecahan wilayah, semuanya di tengah-tengah kesunyian antarabangsa dan Arab, yang memberikan musuh lampu hijau untuk meneruskan pencerobohan terang-terangannya,” kata gerakan pejuang itu.
Pada awal pagi 28 Ogos, tentera Israel menjalankan operasi terbesarnya – digelar “Kem Musim Panas” – di Tebing Barat dalam lebih 20 tahun, mengerahkan ratusan tentera dan serangan udara ke Jenin, Tulkarem, dan Tubas, yang merupakan pusat utama pejuang Palestin melawan entiti pendudukan.
“Sepanjang hari-hari pencerobohan ini, pejuang di Tebing Barat telah gagah berani menghadapi serangan, melaksanakan operasi heroik dan kualitatif terhadap askar musuh di setiap titik pertempuran, menyebabkan korban dalam barisan mereka untuk mempertahankan rakyat kami, tanah kami, dan kesucian kami, menunaikan kewajipan mereka dalam menghadapi pencerobohan ini,” kata Jihad Islam.
Pencerobohan tentera rejim pengganas yang berterusan di Tebing Barat kini tertumpu di bandar Jenin, yang jalan dan infrastrukturnya telah rosak lebih 70 peratus sejak bermulanya “Kem Musim Panas”, menurut perbandarannya.
Tentera Israel telah memusnahkan lebih 70 peratus jalan dan infrastruktur di bandar Jenin di utara Tebing Barat semasa serangan tenteranya yang berterusan, kata perbandaran tempatan.
Jihad Islam selanjutnya berkata bahawa Kabinet penjenayah Benjamin Netanyahu tertipu jika ia percaya ia boleh memajukan rancangannya untuk memperluaskan kawalannya ke atas Tebing Barat yang diduduki, menggabungkannya dengan entiti itu, dan membuka jalan untuk membina rumah ibadat di runtuhan Masjid Al-Aqsa yang diberkati.
Sama seperti kumpulan pejuang di Gaza enggan menyerah kepada pendudukan, Jihad Islam juga tidak akan tunduk kepada pendudukan di Tebing Barat, di mana Tel Aviv “berusaha membina ilusi rejim Talmud”. – Ismaweb