160,000 kanak-kanak Gaza terima vaksin polio

Kementerian Kesihatan Palestin berkata kira-kira 160,000 kanak-kanak menerima dos pertama vaksin polio di tengah Semenanjung Gaza pada Ahad dan Isnin, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Kementerian Kesihatan berkata dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa bahawa pasukannya dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberikan vaksin kepada kanak-kanak di pusat-pusat bergerak dan ditetapkan kementerian dan UNRWA yang dihadiri ramai keluarga.

Ia menunjukkan pemvaksinan akan diteruskan di tengah wilayah itu sehingga petang Rabu dan akan bermula di Khan Younis pada pagi Khamis (5 Sept) dan kawasan berhampiran selama empat hari dan akan bermula di Gaza dan utara pada 9 Sept selama empat hari. – Bernama

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Abu Ubaidah: Arahan baharu diberikan kepada pengawal tahanan

Next Post

Jihad Islam: Israel berangan fikir boleh rampas kawalan ke atas Tebing Barat

Related Posts