Mahmoud Abbas umum Rawhi Fattuh sebagai pengganti

Abbas (kiri) berkata dalam satu dekri, Fattuh (kanan) akan menjadi pengganti sementara sekiranya jawatan itu kosong kelak. Foto Reuters

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengumumkan Pengerusi Majlis Kebangsaan Palestin, Rawhi Fattuh sebagai calon penggantinya apabila sampai masanya kelak.

Fattuh akan menggantikan Abbas dalam tempoh sementara apabila jawatan itu dikosongkan, sekali gus berpeluang menyingkirkan Hamas daripada sebarang penglibatan dalam peralihan masa depan.

Abbas, 89 tahun, masih memerintah walaupun tempohnya sebagai ketua Pihak Berkuasa Palestin (PA) telah berakhir pada 2009 dan telah menentang tekanan untuk melantik pengganti atau Naib Presiden.

Dalam satu dekri, Abbas berkata, Fattuh akan menjadi pengganti sementara sekiranya jawatan itu kosong.

“Jika jawatan Presiden kosong tanpa kehadiran majlis perundangan, presiden Majlis Kebangsaan Palestin akan memikul tugas… buat sementara waktu,” katanya.

Dekri itu menambah, berikutan tempoh peralihan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 90 hari.

Tarikh akhir ini boleh dilanjutkan sekiranya berlaku “force majeure”, kata Abbas lagi. – Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gencatan senjata: Puluhan ribu penduduk Lubnan kembali ke rumah

Next Post

Ketua PBB seru gencatan senjata segera di Gaza

Related Posts