Khaled Meshaal gesa strategi baharu penentangan di Tebing Barat

Ketua Hamas di Luar Negara, Khaled Meshaal, menggesa semua pihak dalam perjuangan Palestin untuk merangka strategi baharu dalam memperkukuh penentangan di Tebing Barat, khususnya di Baitulmaqdis, Jenin, Nablus dan Tulkarm.

Beliau berkata Tebing Barat masih menjadi medan utama konflik, di mana rejim Zionis terus melakukan serangan dan penindasan ke atas penduduk Palestin. Oleh itu, gerakan pejuang mesti meningkatkan keberkesanan operasi mereka bagi menghadapi ancaman ini.

“Kami tidak akan membiarkan Gaza berjuang sendirian, tetapi pada masa yang sama, kita perlu memperkukuh kekuatan di Tebing Barat,” katanya dalam satu majlis di Kaherah bagi menghormati tahanan Palestin yang dibebaskan.

Meshaal menggesa supaya strategi kreatif dan pelan tindakan baharu dirangka bagi menggagalkan rancangan Israel di Tebing Barat.

“Kita perlu memperhebatkan penentangan, mengejutkan musuh, dan menggagalkan rancangan mereka,” tegasnya, sambil menyeru penyelarasan antara semua kumpulan pejuang.

Beliau turut menekankan kepentingan perpaduan nasional dalam menghadapi cabaran ini dan menyeru rakyat Palestin untuk bersatu dalam mempertahankan hak-hak mereka.

Menurutnya, “perpaduan bukan sekadar slogan, tetapi mesti diterjemahkan dalam bentuk strategi bersama dan kesepakatan politik.”

Meshaal menegaskan bahawa perlawanan rakyat Palestin di Tebing Barat memerlukan sokongan dari seluruh dunia Islam dan Arab, sambil menyatakan bahawa perjuangan pembebasan tidak boleh hanya bergantung kepada rakyat Palestin semata-mata. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas: Taufan Al-Aqsa hancurkan mitos kekuatan Israel

Next Post

Hamas sahkan ketua tenteranya, Mohammed Deif telah syahid

Related Posts