Hamas: Taufan Al-Aqsa hancurkan mitos kekuatan Israel

Ketua Majlis Kepimpinan Hamas, Muhammad Darwish, menegaskan bahawa pertempuran Taufan Al-Aqsa telah menghancurkan mitos kekuatan Israel yang bertahan selama lebih tujuh dekad, sekali gus mengembalikan isu Palestin ke pentas dunia.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis sambutan para tahanan Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel dan kini berada di Kaherah, Mesir.

Menurut Darwish, ketabahan rakyat Gaza menjadikan mereka ikon global dalam ketahanan dan perjuangan, meskipun berhadapan dengan serangan bertali arus sejak 7 Oktober 2023.

“Selama 15 bulan menghadapi pengeboman, perpindahan paksa dan penderitaan, rakyat Palestin tetap teguh berjuang. Briged Al-Qassam memimpin perjuangan ini dengan penuh keberanian dan keyakinan,” katanya.

Beliau turut mengkritik Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang didakwa menolak pembentukan kerajaan perpaduan atau jawatankuasa bantuan untuk Gaza.

“Rundingan damai sering mencapai persetujuan, tetapi akhirnya setiap pihak membawa haluan masing-masing,” katanya.

Darwish dalam pada itu menyeru negara-negara Arab agar menyokong usaha pemulihan Gaza dan menegaskan bahawa perjuangan rakyat Palestin tidak akan terhenti sehingga pembebasan sepenuhnya dicapai.

“Kami menyeru seluruh umat Islam dan dunia Arab untuk bersama membantu Gaza bangkit semula dan meneruskan perjuangan pembebasan Palestin,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak yang menyokong perjuangan Palestin, termasuk Hizbullah, Ansarullah serta rakan-rakan di Iraq dan Iran.

Darwish menutup ucapannya dengan menegaskan bahawa masa depan adalah untuk Palestin yang bebas dan Baitulmaqdis yang mulia. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Delegasi Hamas tiba di Mesir bincang kemajuan gencatan senjata Gaza

Next Post

Khaled Meshaal gesa strategi baharu penentangan di Tebing Barat

Related Posts