Abu Ubaidah: Arahan baharu diberikan kepada pengawal tahanan

Jurucakap sayap bersenjata Hamas, Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah mengumumkan arahan baharu kepada pengawal mengenai cara mengendalikan tahanan jika tentera Israel mendekati lokasi mereka di Gaza, lapor Reuters.

Pada hari Ahad, tentera Israel melaporkan penemuan mayat enam tahanan dari terowong di bandar Rafah di selatan Gaza, mendakwa Hamas bertanggungjawab atas kematian mereka. 

Sebaliknya Abu Ubaidah menegaskan, Israel yang harus bertanggungjawab sepenuhnya kerana serangan berterusan di wilayah terkepung itu. 

Arahan baharu itu tidak diperincikan, diberikan kepada pengawal tahanan selepas operasi Israel pada Jun lalu. Pada masa itu, tentera Israel membebaskan empat tahanan dalam serbuan maut di mana ratusan rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh.

“Kedegilan Netanyahu membebaskan tahanan melalui tekanan tentera tidak dapat memeterai perjanjian. Ini bermakna tahanan dikembalikan kepada keluarga mereka dalam kain kafan. 

“Keluarga mereka mesti memilih sama ada mahu mereka mati atau hidup,” katanya.

Hamas menuntut Israel menamatkan perang dan mengeluarkan tentera Israel dari Gaza, namun Netanyahu mendakwa, perang hanya boleh berakhir sebaik sahaja Hamas dikalahkan. – Middle East Monitor

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tentera pengganas Israel serbu lagi bandar di Tebing Barat

Next Post

160,000 kanak-kanak Gaza terima vaksin polio

Related Posts