Tentera pengganas Israel serbu lagi bandar di Tebing Barat

Tentera rejim pengganas Israel sekali lagi menyerbu bandar di Tebing Barat sebagai sebahagian daripada serbuan yang dipertingkat ke atas kawasan kejiranan Palestin di seluruh wilayah yang diduduki, mencetuskan konfrontasi dengan penduduk tempatan.

Agensi berita rasmi Palestin WAFA, memetik saksi mata dan pihak berkuasa tempatan melaporkan, tentera Israel menyerbu kampung At-Tira, terletak 8.3 kilometer (5.2 batu) barat daya Ramallah, serta bandar Ramallah dan al-Bireh selain bandar berdekatan Burqa dan Silwad.

Agensi itu melaporkan pertempuran di Deir Jarir, yang terletak di timur laut Ramallah, ketika tentera Israel memaksa masuk ke bandar itu.

Tentera Israel juga menyerbu bandar Nablus dan bandar Odala, di mana mereka bertempur dengan rakyat Palestin dan melepaskan tembakan langsung dan peluru bersalut getah untuk menyuraikan orang ramai yang membantah.

Serbuan itu berlaku ketika tentera Israel meneruskan pengepungan yang meusnahkan kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat yang diduduki.

Dua pemuda Palestin dibunuh oleh tentera Israel berhampiran Jenin

Sementara itu, dua lelaki muda Palestin ditembak mati oleh tentera Israel semasa serbuan di kampung Kafr Dan, yang terletak 8 kilometer (4.9 batu) barat laut Jenin.

Menurut WAFA, tentera Israel menembak dua pemuda itu selepas melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka di pintu masuk ke Kafr Dan, menghalang paramedik Palestin memberikan pertolongan cemas dan menyebabkan mereka mati di tempat kejadian.

Terdahulu, seorang pemuda Palestin terbunuh dalam tembakan tentera Israel di bandar al-Khalil, menurut sumber keselamatan.

Sumber itu berkata, tentera Israel mengepung sebuah rumah di bandar selatan Tebing Barat, dan menyasarkannya dengan peluru hidup dan peluru berpandu, membunuh seorang pemuda di dalamnya.

Tentera Israel turut membawa lari mayat pemuda itu yang identitinya masih tidak diketahui.

Sejak Israel melancarkan perang ke atas Semenanjung Gaza yang terkepung pada awal Oktober 2023, korban telah meningkat di Tebing Barat akibat daripada serbuan Israel hampir setiap hari yang dipergiatkan ke kampung dan bandar di wilayah yang diduduki.

Menurut pegawai kesihatan Palestin, sekurang-kurangnya 679 rakyat Palestin telah terbunuh dan hampir 5,400 lagi cedera oleh tentera Israel di Tebing Barat sejak meletusnya perang ke atas Gaza.

Sekurang-kurangnya 40,738 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, turut terbunuh dalam perang pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap Semenanjung Gaza sepanjang 11 bulan lalu. – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

FIFA tangguh lagi permintaan Palestin gantung Israel

Next Post

Abu Ubaidah: Arahan baharu diberikan kepada pengawal tahanan

Related Posts