World Central Kitchen terpaksa hentikan operasi di Gaza

World Central Kitchen (WCK) mengumumkan pada Rabu bahawa ia telah menghentikan operasinya di Semenanjung Gaza kerana kehabisan bekalan.

“Selepas menghidangkan lebih 130 juta hidangan dan 26 juta roti sepanjang 18 bulan lalu, World Central Kitchen kini tidak lagi mempunyai bekalan untuk memasak atau membakar roti di Gaza,” kata organisasi itu dalam satu kenyataan.

Sejak 2 Mac, Israel telah menutup semua lintasan ke Gaza bagi bantuan makanan, perubatan dan kemanusiaan, sekali gus memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedia parah di wilayah tersebut.

“Sejak Israel menutup lintasan sempadan pada awal Mac, WCK tidak dapat menambah semula stok makanan yang digunakan untuk memberi makan ratusan ribu penduduk Gaza setiap hari,” tambah kenyataan itu.

WCK berkata ia masih menyokong keluarga Palestin dengan mengedarkan bekalan air bersih yang amat diperlukan, di kawasan yang boleh dicapai.

Mereka memberitahu bahawa trak WCK yang sarat dengan makanan dan bahan api memasak telah sedia menunggu di sempadan Gaza sejak awal Mac, organisasi itu turut menyatakan bahawa makanan dan peralatan tambahan juga telah sedia untuk dihantar dari Jordan dan Mesir.

“Kerja penting kami tidak dapat diteruskan tanpa kebenaran daripada Israel untuk membenarkan bantuan ini masuk,” katanya lagi.

Lebih 52,600 penduduk Palestin telah terbunuh di Gaza dalam serangan ganas Israel sejak Oktober 2023, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. – Anadolu

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ribuan bom tidak meletup menjadi sumber utama buat Hamas

Next Post

BDS Malaysia, gabungan NGO anjur perarakan Protes Nakbah 16 Mei ini

Related Posts