Jangan biarkan Gaza menjadi Andalusia yang kedua

Betapa miripnya masa lampau dan masa kini.

Menarik apabila kita jadikan kejatuhan Andalusia dengan apa yang kita sedang hadapi di hadapan mata kita sekarang ini.

Ketika Andalusia jatuh, adakah umat Islam ketika itu lemah?

Sudah tentu jawapannya adalah: TIDAK.

Ketika Andalusia jatuh, ketahuilah pada ketika itu adanya dinasti-dinasti Islam yang berada di Afrika Utara, adanya Dinasti Mamluk yang berada di Mesir dan Syam, bahkan ketika itu wujudnya Empayar Uthmaniah di Asia Tengah.

Seperti Gaza hari ini, penduduk Andalusia, setepatnya di Granada, mereka sentiasa menantikan hadirnya bantuan dari umat Islam ketika itu dari arah Jabal Tariq (Gibraltar) dan Laut Mediterranean.

Sedihnya, tiada langsung tentera Mamluk atau Uthmaniah yang hadir.

Begitu jugalah apa yang dihadapi oleh saudara kita di Gaza, mereka menanti hadirnya dari sempadan dan laut yang terdekat, tetapi tiada yang hadir!

Kemudian, Andalusia tidak berputus asa. Mereka utuskan surat kepada tiga kawasan utama.

1. Surat kepada daulah atau dinasti di sekitar Afrika Utara (dari Morocco hingga ke Algeria hari ini)

Walaupun surat bantuan telah dihantar, keadaan tidak mengizinkan. Walaupun mereka adalah negara yang berjiran, namun mereka sibuk dengan hal ehwal dalaman, bahkan yang lagi menyedihkan, mereka sibuk menjatuhkan daulah lain yang menjadi seteru.

Mereka sanggup bersengkongkol dengan pihak Portugis dan Sepanyol yang menjajah Andalusia bagi memastikan seteru mereka jatuh. Tambahan lagi, mereka sanggup membuat perjanjian dagangan dengan Portugis dan Sepanyol.

Maka terbiarlah Andalusia terkontang-kanting tanpa bantuan jiran.

2. Surat kepada Mesir dan Syam (Mamluk)

Seperti Afrika Utara, Mamluk juga ada alasan yang tersendiri. Mamluk sedang berjuang mempertahankan status quo empayar Islam pada ketika itu.

Mereka sedang sibuk bertelagah kawasan dengan Uthmaniah. Antara usaha yang dilakukan oleh Mamluk adalah menghantar surat amaran dan kecaman kepada pihak Vatikan.

Amaran itu berbunyi, jika kalian tidak memberi teguran kepada Sepanyol yang melalukan genosid di Granada, mereka akan lukai Kristian yang berada di Mesir dan Syam.

Vatikan tahu benar Mamluk tidak akan buat sebegitu. Maka amaran itu dibiarkan berlalu sahaja.

Yang menanggung derita adalah Granada, kerana maklumat surat itu sampai kepada penjajah mereka. Maka bertambah azab lagilah mereka di Granada.

3. Surat kepada Uthmaniah

Seperti Afrika Utara dan Mamluk, Uthmaniah juga sedang sibuk mengukuhkan kekuatan masing-masing.

Tambahan pula adik Sultan Bayezid II berada di tangan Tentera Salib, Cem Sultan. Maka, Uthmaniah tidak berani menanggung yang lebih jika menghantar bantuan kepada Granada .

Tambahan pula, jika ingin menghantar tentera ke Granada, perlu lalu kawasan Mamluk. Sudah tentu Mamluk tidak akan benarkan perkara ini berlaku.

Kerana mereka ada musuh pada ketika itu.

Inilah realiti yang berlaku pada zaman lampau, memang termaktub dalam sejarah kita.

Akhirnya, Andalusia ‘Syurga yang Sirna’ lenyap, hanya Istana al-Hambra menjadi batu nisan abadi yang menghantui.

Betapa sama situasi waktu lampau dengan kini.

Adakah Gaza akan menjadi seperti Granada dan Andalusia?

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Anas Bad Latif
Penyelidik Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Komander Divisyen Gaza tentera Israel letak jawatan kerana 7 Oktober

Next Post

Hamas sedia rundingan serius akhiri serangan Israel di Gaza

Related Posts