Genosid sistematik Israel yang membunuh generasi Gaza

Dr. Ali Abo Rezeg, wartawan Gaza yang bertugas di Al Jazeera, mempunyai PhD dalam hubungan antarabangsa berkongsi tentang genosid Israel yang dilakukan secara sistematik di Gaza bagi memusnahkan masa depan dan generasi baharu dalam persidangan baru-baru ini.

Beliau berkata sasaran pembunuhan Israel bukanlah secara rawak, tetapi secara khusus menyasarkan lima sasaran utama:

  1. Genosid terhadap kanak-kanak
  2. Genosid terhadap pendidikan
  3. Genosid terhadap hospital
  4. Genosid terhadap wartawan
  5. Genosid terhadap agama

Lima perkara ini menjadi sasaran utama Israel, bukannya untuk memburu para pejuang seperti yang digembar-gemburkan dalam media.

Mereka ingin hapuskan generasi muda Gaza kerana kebanyakan dari mereka adalah hafiz al-Quran, dan juga bijak pandai yang mempunyai jiwa perjuangan dan akan mewarisinya.

Walaupun Gaza merupakan kawasan yang sentiasa berada dalam keadaan konflik dan disekat sejak sekian lama, penduduknya mempunyai kadar literasi di antara yang paling tinggi di dunia iaitu sebanyak 98%.

Dalam keadaan semua universiti dan sekolah di Gaza telah dimusnahkan, mereka tetap meneruskan pembelajaran secara harian dengan menggunakan apa yang ada. Itulah semangat perjuangan yang tidak pernah luntur yang ingin dihapuskan penjajah Zionis.

Beliau juga menyebut ketika awal genosid bermula satu keluarga dibunuh kerana tuduhan terdapat anggota Hamas dalamnya, kini mana-mana keluarga yang mempunyai hafiz al-Quran akan menjadi sasaran untuk dibunuh kesemuanya.

Dr. Ali Abo Rezeg juga meminta umat Islam tidak lagi sekadar jadi penonton terhadap apa yang berlaku di Gaza, tetapi bertindak dengan kemampuan masing-masing untuk membantu Gaza, beliau kata kita memerlukan 1,000 wartawan yang berjuang untuk Palestin, 1,000 doktor, 1,000 jurutera dan 1,000 segala bidang yang lain yang fokus untuk membantu perjuangan Palestin.

Beliau juga menghargai usaha yang dilakukan Dunia Palestin dalam terus menyampaikan maklumat dan kesedaran tentang isu Palestin, semoga kami dapat istiqamah dan berkembang.

Perkara yang paling menyentap hati di hujung perbualan, saya menjemput beliau untuk datang sekali lagi ke Malaysia sekali lagi kerana beliau hanya di sini sebentar semata-mata untuk program ini sahaja, namun beliau membalas:

“Aku tidak lagi mempunyai keinginan untuk berjalan-jalan dan bersiar-siar dalam keadaan genosid ini terus berlangsung.”

Teruskan sumbangan kita di medan masing-masing, untuk pembangunan ummah dan perjuangan pembebasan Palestin.

Ahmad Nu’man Mazlan
Penyelidik Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bantuan yang dikawal tentera di Gaza memburukkan krisis kemanusiaan

Next Post

Genosid Israel telah membunuh lebih daripada 16,800 pelajar Palestin

Related Posts