Hamas bersolidariti dengan Sepanyol susulan banjir besar Valencia

Pemimpin Hamas, Dr. Bassem Naim, menyatakan solidariti pihaknya serta rakyat Palestin terhadap rakyat Sepanyol susulan kejadian banjir besar yang melanda wilayah Valencia baru-baru ini.

Dalam kenyataannya kepada rakyat Sepanyol, Naim menegaskan bahawa meskipun rakyat Gaza sedang berhadapan dengan penderitaan akibat serangan berterusan dari pihak Zionis, mereka tetap ingin mengirimkan sokongan serta solidariti kepada rakyat Sepanyol, khususnya di wilayah Valencia.

Banjir yang melanda wilayah itu dilaporkan telah mengakibatkan ratusan kematian, kehilangan, dan kemusnahan besar terhadap kediaman serta harta awam.

“Kami berharap agar rakyat Sepanyol dapat pulih dengan segera daripada bencana ini, dan mendoakan agar semua yang tercedera mendapat kesembuhan. Takziah kami buat keluarga mangsa yang kehilangan nyawa dan yang masih hilang,” ujar Dr. Naim dalam kenyataannya.

Ucapan takziah dan doa daripada Hamas ini menggambarkan semangat solidariti sejagat, walaupun rakyat Palestin sendiri turut terkesan oleh konflik yang berpanjangan di Gaza. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dunia Palestin hadiri Persidangan Antarabangsa Al Sharq Youth

Next Post

Hamas tolak cadangan gencatan senjata sementara

Related Posts