Hamas: Pelucutan senjata buka ruang genosid, perang saudara di Gaza

Kredit: International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia

Ahli Biro Politik Hamas, Dr Basem Naim memberi amaran bahawa sebarang usaha melucutkan senjata gerakan itu akan membuka ruang kepada genosid berterusan oleh Israel terhadap rakyat Palestin serta berpotensi mencetuskan perang saudara besar di Gaza.

Dalam satu taklimat khas anjuran bersama PCOM, IAIS Malaysia, MAHAR dan Ops Ihsan pada Khamis, beliau berkata pengunduran Hamas secara mendadak akan mewujudkan kelompongan kuasa yang boleh mencetuskan konflik dalaman besar antara kumpulan militia dan kabilah di Gaza, sekali gus memburukkan lagi keadaan sosial yang sudah rapuh akibat genosid berpanjangan.

Menurut beliau, antara tekanan utama yang digunakan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel untuk pelucutan senjata ialah naratif bahawa Hamas menjadi penghalang kepada proses pembinaan semula Gaza kerana bantuan hanya akan dibenarkan masuk sekiranya gerakan itu meletakkan senjata.

Katanya, tuduhan tersebut sengaja dimainkan untuk menghasut rakyat Gaza supaya menyalahkan Hamas atas kemusnahan dan penderitaan yang berterusan.

Dr Basem menegaskan bahawa Hamas percaya jika mereka melucutkan senjata, rakyat Palestin akan terus terdedah kepada pembunuhan beramai-ramai tanpa sebarang perlindungan.

“Perlawanan adalah hak yang sah. Jika ada jalan lain selain perjuangan bersenjata, kami sudah lama memilihnya,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata Hamas bersedia menerima gencatan senjata jangka panjang antara 10 hingga 20 tahun.

Menurutnya juga, sekiranya sebuah negara Palestin yang merdeka diwujudkan, senjata akan diserahkan kepada negara dan pejuang akan menjadi sebahagian daripada tentera rasmi. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

BDS Malaysia gesa operasi syarikat kapal MSC diharamkan di Malaysia

Next Post

Delegasi pimpinan Hamas tamatkan lawatan rasmi ke Malaysia

Related Posts