Pakistan: Palestin mesti dibebaskan dengan sepenuh kekuatan

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif menggesa masyarakat antarabangsa agar mengiktiraf negara Palestin berasaskan sempadan pra-1967 dengan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.

Beliau menegaskan perkara itu dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, dengan menekankan bahawa Palestin tidak boleh terus berada di bawah belenggu Israel dan mesti dibebaskan dengan sepenuh kekuatan.

“Ketidakadilan yang berpanjangan ini merupakan satu keaiban pada hati nurani dunia dan kegagalan moral kolektif kita. Hampir 80 tahun rakyat Palestin berani menanggung penjajahan kejam Israel di tanah air mereka,” katanya.

Sharif turut mengecam penempatan haram Israel yang terus dibina di wilayah Palestin yang dijajah, yang menurut Resolusi 446 Majlis Keselamatan PBB adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Dalam pada itu, beliau menegaskan serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sebagai “pembunuhan beramai-ramai” yang telah mencetuskan penderitaan luar biasa terhadap wanita dan kanak-kanak.

“Dalam memburu matlamat jahatnya, kepimpinan Israel telah melancarkan kempen memalukan terhadap rakyat Palestin yang tidak bersalah, yang akan diingati sejarah sebagai salah satu bab paling gelap,” katanya.

Sharif menambah, berbeza dengan pendirian beberapa negara Barat yang mula mengiktiraf Palestin tetapi tidak memperincikan sempadannya, Pakistan berpegang teguh bahawa hanya sempadan pra-1967 dengan ibu kota di Baitulmaqdis dapat menjamin hak Palestin yang sah. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Enam bilionair Yahudi-Amerika dilaporkan biayai genosid Israel

Next Post

Hamas: Tempat sebenar Netanyahu adalah di penjara, bukannya PBB

Related Posts