Pegawai perisik tentera AS letak jawatan protes perang genosid Israel di Gaza

Seorang pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) meletak jawatan sebagai protes kepada sokongan Washington terhadap perang Israel di Semenanjung Gaza.

Pegawai Agensi Perisikan Pertahanan, Harrison Mann dalam surat peletakan jawatannya menyebut sokongan AS untuk Israel boleh meningkatkan pembunuhan dan kebuluran kepada puluhan ribu rakyat Palestin yang tidak bersalah.

Dia turut mengaku terlalu bersalah dan malu kerana perkhidmatannya sebelum ini menyumbang kepada sokongan itu.

“Sokongan tanpa syarat ini juga menggalakkan peningkatan melulu yang berisiko mencetuskan peperangan lebih meluas. Saya rasa malu dan terlampau bersalah,” katanya.

Bulan lalu, jurucakap Jabatan Negara AS untuk Timur Tengah dan Afrika Utara, Hala Rharrit meletak jawatan sebagai membantah dasar pentadbiran Presiden Joe Biden di Semenanjung Gaza.

Rharrit telah berkhidmat dalam pelbagai peranan di Jabatan Negara sejak 2005 dan juga jurucakap untuk Timur Tengah serta Afrika Utara sejak Ogos 2022.

Dia adalah pegawai Jabatan Negara ketiga yang meletak jawatan secara terbuka sejak perang Gaza, selepas pegawai hal ehwal luar di Biro Demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Buruh, Annelle Sheline bulan lalu.

Sebelum itu, bekas pengarah Biro Politik Hal Ehwal Tentera, Josh Paul turut mengumumkan langkah sama secara terbuka pada 19 Oktober. – Ismaweb

Total
0
Shares
Previous Post

Pengarah Shin Bet mengakui kegagalan menghalang 7 Oktober

Next Post

PM bertemu pemimpin Hamas di Qatar, ulangi komitmen Malaysia terhadap Palestin

Related Posts