Hamas: Tempat sebenar Netanyahu adalah di penjara, bukannya PBB

Penasihat Media kepada Ketua Biro Politik Hamas, Tahir al-Nunu mengecam ucapan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menyifatkannya sebagai tanda “gila kuasa” dan tidak layak diberi ruang di pentas antarabangsa.

Bercakap kepada saluran TV al-Aqsa, al-Nunu menegaskan Netanyahu terpaksa memaksa delegasinya sendiri bertepuk tangan dan bersiul sebagai tanda sokongan, sekali gus menunjukkan beliau semakin terasing di mata dunia.

Menurutnya, tindakan negara-negara memboikot ucapan Netanyahu merupakan sebahagian daripada manifestasi pemulauan global terhadap Israel, hasil daripada perang genosid yang masih berterusan ke atas rakyat Palestin di Gaza.

“Tempat sebenar Netanyahu adalah di penjara sebagai penjenayah perang, bukannya di PBB,” katanya.

Al-Nunu turut menekankan bahawa menghentikan perang dan menghukum entiti Zionis adalah pendirian moral serta kemanusiaan yang sewajarnya diambil oleh para pemimpin dunia.

Beliau menegaskan lagi bahawa kewujudan negara Palestin tidak akan dapat dipadamkan, sebaliknya akan terus tegak dengan kehendak rakyat Palestin, negara-negara Arab dan komuniti antarabangsa, meskipun ditentang keras oleh Netanyahu. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pakistan: Palestin mesti dibebaskan dengan sepenuh kekuatan

Next Post

Sejarawan terkemuka Britain-Israel nyatakan sokongan kepada Hamas

Related Posts