AS komited untuk memburu Yahya Sinwar, kalahkan Hamas

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menafikan pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku di Gaza.

“Apa yang berlaku di Gaza bukanlah pembunuhan beramai-ramai. Kami menolaknya,” kata Biden.

Beliau berkata, AS komited untuk memburu ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar.

“Kami berdiri bersama Israel untuk mengeluarkan Sinwar dan seluruh (pejuang) Hamas. Kami mahu Hamas dikalahkan. Kami bekerjasama dengan Israel untuk menjayakannya,” katanya.

Agensi berita antarabangsa melaporkan sebelum ini bahawa AS memberi tumpuan untuk menjejaki Sinwar, dengan harapan ia akan membantu mereka mendorong Israel untuk mengisytiharkan kemenangan di Gaza dan menamatkan perang. – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas: Batalkan waran tangkap pemimpin kami, tangkap semua penjenayah Israel

Next Post

TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air

Related Posts