Satu laporan baharu oleh The Jerusalem Post telah mengenal pasti enam bilionair Yahudi-Amerika yang secara senyap membiayai usaha perang dan inovasi teknologi Israel, termasuk genosid yang sedang berlangsung di Gaza.
Enam bilionair tersebut ialah Jan Koum, Michael Dell, Bill Ackman, Marc Benioff, Larry Ellison dan Michael Bloomberg.
Koum, seorang Yahudi-Amerika kelahiran Ukraine, dikenali sebagai pencetus di sebalik aplikasi pesanan popular dunia dan Israel, WhatsApp.
Sepanjang genosid Israel di Gaza, Dell terus melabur. Dia ialah Ketua Pegawai Eksekutif syarikat gergasi komputer Dell Technologies.
Ellison pula banyak menyumbang kepada Friends of the IDF, sebuah organisasi berpusat di AS yang memberi sokongan kepada tentera Israel.
Benioff ialah pengasas bersama dan pengerusi syarikat perisian gergasi Salesforce, serta pemilik majalah TIME. Salesforce meneruskan pelaburan di Israel melalui pengambilalihan syarikat pemula Israel, selain pusat penyelidikan dan pembangunan yang menggaji ratusan pendatang haram Israel.
Bloomberg ialah bekas Datuk Bandar New York dan pengasas serta pemilik majoriti Bloomberg L.P., syarikat perkhidmatan kewangan, perisian dan media global. – Quds News Network