Hamas: Israel perluas ‘garisan kuning’ di Gaza untuk gagalkan rundingan

Jurucakap Hamas, Hazem Qasem berkata tindakan penjajah Israel yang berterusan mengalihkan garisan kuning ke arah barat di dalam Gaza serta meluaskan penjajahan ke atas tanah Palestin bertujuan untuk menggagalkan proses rundingan dan mensabotaj usaha yang sedang dilakukan bagi mengukuhkan gencatan senjata.

Kenyataan itu dikeluarkan pada Jumaat ketika pelbagai kumpulan Palestin dan pihak pengantara mengadakan rundingan di Kaherah berhubung isu-isu tertunggak berkaitan perjanjian gencatan senjata.

Tentera penjajah Israel telah mengalihkan penanda garisan kuning kira-kira 300 meter ke arah barat di beberapa kawasan Gaza sepanjang minggu lalu hingga Jumaat, terutama di kawasan kejiranan Tuffah di timur Bandar Gaza.

Garisan kuning merujuk kepada garisan pemisah yang sepatutnya menjadi had pengunduran tentera penjajah Israel di bawah fasa pertama pelan Amerika Syarikat untuk menamatkan perang di Gaza. Pelan itu berkuat kuasa pada Oktober 2025, namun Tel Aviv didakwa gagal mematuhinya.

Sejak gencatan senjata berkuat kuasa, tentera penjajah Israel telah membunuh dan mencederakan puluhan rakyat Palestin dengan mendakwa mereka cuba melintasi garisan tersebut.

“Tindakan tentera Israel mengalihkan garisan kuning ke arah barat di Bandar Gaza, disertai pengeboman dan pemindahan penduduk, merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap perjanjian gencatan senjata,” kata Qasem.

Beliau menambah bahawa tindakan itu menunjukkan kegagalan negara-negara penjamin serta Majlis Keamanan untuk menghentikan pelanggaran yang dilakukan Israel.

Qasem turut menegaskan bahawa langkah tersebut menterjemahkan ancaman penjajah Israel sebelum ini untuk meluaskan kawasan yang berada di bawah kawalannya di Gaza.

Benjamin Netanyahu pada 15 Mei lalu mengakui tenteranya telah menguasai 60 peratus wilayah Gaza dan mendedahkan hasrat kerajaannya untuk meluaskan kawasan itu kepada 70 peratus. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Abu Ubaidah: Tekanan di Tebing Barat hanya akan membawa kebangkitan

Related Posts