Briged al-Quds umum pemulangan mayat terakhir tahanan Israel

Jurucakap Briged al-Quds, Abu Hamzah mengumumkan bahawa kumpulan itu secara rasmi menutup fail tahanan Israel selepas menyerahkan mayat terakhir pada Rabu lalu di utara Gaza.

Dalam kenyataan di saluran Telegram rasminya, beliau menyifatkan pertukaran itu sebagai sebahagian daripada perjanjian yang bermaruah hasil daripada pertempuran berani, sambil menegaskan bahawa tahanan Israel hanya akan kembali melalui keputusan pihak muqawamah, atau dalam keranda, dan mungkin tidak akan kembali langsung.

Abu Hamzah turut menyatakan bahawa Briged al-Quds bersama kumpulan muqawamah yang lain telah mematuhi sepenuhnya semua syarat fasa pertama perjanjian gencatan senjata, yang bertujuan menamatkan genosid kejam terhadap rakyat Palestin.

Beliau menyeru para perantara dan penjamin perjanjian supaya menekan Israel agar menunaikan tanggungjawabnya dan menghentikan pelanggaran jenayah berulang terhadap gencatan senjata. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Taufan al-Aqsa kembalikan isu Palestin kepada perhatian dunia

Next Post

Hamas cadang pembekuan senjata bagi gencatan senjata panjang

Related Posts