Hamas cadang pembekuan senjata bagi gencatan senjata panjang

Ketua Hamas di Luar Negara, Khaled Meshaal berkata dalam satu wawancara pada Rabu bahawa pergerakan itu mencadangkan “pembekuan” senjata mereka sebagai pertukaran untuk gencatan senjata jangka panjang dengan penjajah Israel.

Beliau turut menyatakan bahawa pergerakan itu menerima kehadiran pasukan antarabangsa di sepanjang sempadan antara Semenanjung Gaza dan entiti haram Israel, tetapi bukan di dalam kawasan Gaza.

Berkata dari Doha kepada Al Jazeera dan mengulas isu pelucutan senjata pergerakan itu di Semenanjung Gaza, Meshaal berkata: “Kami mahu membentuk satu gambaran berhubung isu ini yang merangkumi jaminan bahawa perang penjajahan Israel ke atas Gaza tidak akan berulang. Kami boleh melakukannya; senjata itu boleh disimpan dan tidak digunakan atau dipamerkan.”

Beliau menambah, “Pada masa yang sama, kami mengemukakan idea mengenai gencatan senjata jangka panjang supaya ia menjadi satu jaminan sebenar.”

Meshaal berhujah bahawa “melucutkan senjata rakyat Palestin bermaksud mencabut roh mereka,” sambil menambah, “Biarkan kita mencapai tujuan itu dengan cara lain.”

Beliau turut menunjukkan bahawa ini adalah “falsafah yang sedang dibincangkan bersama para perantara,” dan beliau percaya bahawa “pemikiran pragmatik Amerika” boleh bersetuju dengannya.

Berhubung pasukan penstabilan antarabangsa yang digariskan dalam pelan Presiden AS Donald Trump, yang turut disokong melalui resolusi Majlis Keselamatan PBB, Meshaal berkata: “Falsafah pasukan penstabilan itu ditangani dari satu sudut sahaja, dan tidak dari sudut lain: bahawa ia seharusnya berada di sempadan bagi menjamin tiada pertembungan berlaku. Fungsi sebenarnya adalah untuk mengekalkan keamanan.”

Beliau menambah, “Adapun kehadiran pasukan antarabangsa di dalam Gaza, dalam budaya dan kesedaran rakyat Palestin bererti ia adalah sebuah pasukan penjajah.”

Meshaal berkata bahawa para perantara yang membantu mencapai gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 10 Oktober termasuk Qatar, Mesir, Turki, serta negara Arab dan Islam boleh memberikan jaminan terhadap Gaza, dan boleh menjamin Hamas serta kumpulan muqawamah, agar tiada serangan terhadap Israel datang dari dalam Gaza. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Briged al-Quds umum pemulangan mayat terakhir tahanan Israel

Next Post

Turki sedia ambil apa juga peranan dalam menyelesaikan isu Gaza

Related Posts