Israel buat julung kali akui bunuh pemimpin Hamas, Haniyeh, di Tehran

Ismail haniyeh, Pemimpin Hamas yang dibunuh Israel di Tehran, Iran. – Foto REUTERS

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, buat julung kali mengakui pembabitan dalam kes pembunuhan bekas Ketua Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran, Iran, tahun ini.

Serentak itu, Katz turut memberi amaran akan ‘memancung’ kepala kepemimpinan pemberontak Houthi di Yaman.

“Kami akan menyerang Houthi pada skala besar… dan memenggal pemimpin mereka, sama seperti dilakukan ke atas Haniyeh, (Yahya) Sinwar, dan (Hassan) Nasrallah di Tehran, Gaza, Palestin serta Lubnan.

“Kami akan melakukannya di Hodeida dan Sanaa,” katanya, semalam.

Kenyataan ketika satu acara di Kementerian Pertahanan itu menandakan pengakuan awam pertama mengenai peranan Israel dalam kes pembunuhan Haniyeh di Tehran, Iran, akhir Julai lalu.

Sementara itu, Katz dalam kenyataan, turut memberi amaran akan mengerat tangan pihak yang menentang Israel serta tenteranya, Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Hingga kini, Israel tidak pernah mengakui membunuh Haniyeh, namun Iran dan Hamas sudah lama menyalahkan Israel atas kematian pemimpin politik kumpulan pejuang itu.

Haniyeh, yang dilihat mengetuai usaha rundingan gencatan senjata di Gaza, dibunuh di rumah tamu dekat Tehran pada 31 Julai lalu, dikatakan dengan menggunakan alat peledak yang diletakkan ejen Israel, beberapa minggu sebelum kejadian.

Sehari sebelum itu, Haniyeh menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian.

Pada 27 September lalu, Israel membunuh Nasrallah dalam serangan bom di Beirut, Lubnan, diikuti pembunuhan pengganti Haniyeh, Sinwar, di Gaza, pada 16 Oktober.

Pegawai Israel berkata, Sinwar adalah dalang serangan Hamas ke atas Israel, pada 7 Oktober 2023, yang mencetuskan perang di Gaza. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel terus gugur bom di halaman, bumbung hospital di utara Gaza

Next Post

Ketua perisikan Syria umum bubarkan institusi kejam era Assad

Related Posts