Hamas gesa rakyat Palestin kerap ziarah Masjid Al-Aqsa

Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengutuk rancangan Israel untuk membiayai pencerobohan selanjutnya ke dalam Masjid Al-Aqsa.

Dalam satu kenyataan, Hamas berkata, Israel bermain dengan api kerana tindakan sedemikian akan mencetuskan perang agama yang meluas.

Katanya, keputusan rejim untuk membiayai lawatan Zionis ke Masjid Al-Aqsa adalah peningkatan yang berbahaya – sekali gus membawa wilayah itu ke arah perang agama yang mana pendudukan dan penyokongnya akan bertanggungjawab.

“Kami menyeru rakyat dan negara kita untuk menggerakkan, berhimpun dan bersolidariti membela rakyat dan agama kita,” katanya.

Kumpulan pejuang itu berkata, rejim Zionis tidak akan berjaya memadamkan fakta sejarah, dan masjid suci itu akan kekal sebagai tapak Islam.

Pada masa sama, Hamas menyeru rakyat Palestin di seluruh wilayah yang diduduki untuk membuat lawatan kerap ke Masjid Al-Aqsa dan menentang pencabulan Israel di sana.

Hamas juga menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bertindak serius untuk menggagalkan rancangan Israel.

Gerakan Islam itu menggalakkan negara-negara Arab dan Islam untuk membantah pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin dan tanah mereka.

“Kami juga menyeru pejuang berani kami dan pemuda revolusi di Tebing Barat yang diduduki untuk meningkatkan pertempuran  dengan musuh jenayah dan kumpulan penceroboh,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Menteri ekstremis Israel, Itamar Ben-Gvir mengumumkan bahawa dia berhasrat untuk membina rumah ibadat di dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Dia juga antara menteri yang menggesa tekanan ketenteraan diperhebat dan menghentikan kemasukan bahan bakar dan bantuan ke Gaza yang dikepung. – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Operasi PBB di tengah Gaza diteruskan walaupun ‘dihalau’ Israel

Next Post

Presiden Palestin, Putera Mahkota Saudi bincang situasi di Gaza

Related Posts