Operasi PBB di tengah Gaza diteruskan walaupun ‘dihalau’ Israel

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tekad meneruskan bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza, sehari selepas diarahkan berpindah oleh tentera Israel.

Seorang pegawai kanan agensi itu mengesahkan bantuan kemanusiaan terhenti ekoran arahan baharu pemindahan Israel yang memaksa penutupan pusat operasi utama PBB.

Kenyataan Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, semalam meredakan kenyataan pegawai PBB itu dan beliau berkata, keadaan di Gaza itu mengakibatkan penyampaian bantuan PBB terhenti kelmarin.

“Keadaan di Gaza semalam menyukarkan kami untuk melakukan kerja kami. Kami melakukan apa yang kami mampu dengan apa yang kami ada.

“Sejak awal kami katakan, penyampaian bantuan ini adalah dengan merebut setiap peluang, merebut setiap celah yang boleh kami isi. Jadi, setiap keadaan dinilai hari demi hari, jam demi jam,” kata Dujarric kepada pemberita.

Ketua keselamatan dan keselamatan PBB, Gilles Michaud semalam, berkata pada hujung minggu tentera Israel memberi notis beberapa jam untuk lebih 200 kakitangan PBB berpindah dari pejabat dan ruang kediaman di Deir Al-Balah di tengah Gaza.

Beliau berkata, ‘arahan Israel tidak kena pada masanya’, dengan kempen vaksinasi polio besar-besaran yang akan bermula tidak lama lagi memerlukan sejumlah besar kakitangan PBB memasuki Gaza.

Pelarian Palestin berlindung di sebuah sekolah dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Deir Al-Balah, di tengah Gaza, yang diarah berpindah oleh tentera Israel. – Foto REUTERS

“PBB bertekad untuk tinggal di Gaza. Penyampaian bantuan kemanusiaan diteruskan – satu pencapaian yang luar biasa memandangkan kami beroperasi di pinggiran paling atas risiko yang boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan.

Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa semalam berkata, arahan pemindahan baharu oleh Israel memaksa mereka dan kumpulan kemanusiaan lain untuk ‘menghentikan operasi bantuan ketika keadaan yang sudah mencemaskan orang awam.

“Adalah mendesak untuk pekerja kemanusiaan boleh meneruskan kerja mereka, tanpa ancaman pemindahan atau operasi ketenteraan.

“Kami menggesa semua pihak untuk melindungi orang awam dan memudahkan akses kemanusiaan pada setiap masa,” tulis pertubuhan itu di laman X.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB kelmarin juga berkata, penduduk Gaza diberitahu oleh Israel ‘untuk tertumpu dalam zon yang ditetapkan Israel di Al Mawasi, yang merangkumi hanya kira-kira 41 kilometer persegi atau kira-kira 11 peratus penduduk di keseluruhan kawasan Gaza’.

Katanya, kawasan itu mengalami kesesakan yang berlebihan, dengan kepadatan 30,000 hingga 34,000 individu setiap kilometer persegi (77,000 hingga 87,000 setiap batu persegi).

Ia diburukkan lagi dengan kekurangan sumber penting seperti bekalan air, sanitasi dan kebersihan, perkhidmatan kesihatan, perlindungan dan tempat perlindungan. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Rakyat perlu sokong usaha rawat rakyat Palestin cedera

Next Post

Hamas gesa rakyat Palestin kerap ziarah Masjid Al-Aqsa

Related Posts