Jurucakap Briged Al-Qassam, Abu Ubaidah, sekali lagi menegaskan komitmen para pejuang di Tebing Barat yang terus berdiri teguh dalam pertempuran Taufan al-Aqsa.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, beliau menyatakan bahawa usaha-usaha pihak penjajah dan sekutunya untuk melemahkan semangat para pejuang atau memaksa mereka menghentikan sokongan terhadap Gaza telah gagal sejak awal.
Abu Ubaidah menegaskan bahawa tindakan kekerasan musuh, termasuk pembunuhan beramai-ramai dan serangan ke atas Gaza dan Tebing Barat, tidak akan dibiarkan tanpa balasan.
Beliau memberi amaran bahawa pihak musuh akan terus membayar harga yang mahal dengan darah tentera dan perampas mereka selagi mereka meneruskan kekejaman tersebut.
“Musuh harus sedar bahawa mereka tidak akan menikmati keamanan selagi rakyat kami tidak menikmatinya,” tegas Abu Ubaidah dalam kenyataan tersebut. – Dunia Palestin