Hamas: Netanyahu cuba halang gencatan senjata

Hamas mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu meletakkan halangan berhubung rundingan gencatan senjata untuk menamatkan perang di Gaza.

Hamas menggesa pengantara untuk campur tangan dan menghentikan “manipulasi dan jenayah” oleh Netanyahu.

Dalam satu kenyataan di akaun Telegram pada Isnin, Hamas berkata, pihaknya menunjukkan kesediaan dan positif untuk menghentikan pencerobohan Zionis.

Bagaimanapun jelas Hamas, Netanyahu meletakkan halangan tambahan dalam kaedah rundingan ketika meningkatkan pencerobohan dan jenayah terhadap rakyat Palestin.

Pada Ahad, Netanyahu berkata, sebarang perjanjian gencatan senjata Gaza mesti membenarkan Israel meneruskan pertempuran sehingga objektifnya tercapai.

Sabtu lalu, Hamas menerima bahagian penting rancangan Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan menamatkan perang sembilan bulan di Gaza.

Kumpulan itu menggugurkan tuntutan supaya Israel terlebih dahulu melaksanakan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian itu.

Delegasi AS yang diketuai oleh Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), William Burns tiba di Kaherah pada Isnin untuk bertemu dengan delegasi keselamatan Mesir bagi pusingan baharu rundingan gencatan senjata. – Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan Israel di Bandar Gaza

Next Post

Meta luaskan polisi untuk memadam hantaran menghina ‘Zionis’

Related Posts