Al-Qassam terus pertahan Gaza, puluhan ribu tentera Israel cedera

Briged Al-Qassam meneruskan pertempuran mempertahankan Gaza untuk hari ke-416, mengakibatkan ratusan anggota tentera Zionis terbunuh, puluhan ribu lagi cedera, dan ratusan kenderaan tentera musnah, menurut kenyataan terkini sayap tentera Hamas itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, Media Ketenteraan Al-Qassam memaklumkan pejuang mereka menggunakan pelbagai senjata termasuk bahan letupan buatan sendiri, peluru berpandu antikereta kebal, dan mortar bagi mematahkan kemaraan pasukan Zionis di beberapa lokasi pertempuran strategik.

Menurut Al-Qassam, pertempuran itu adalah sebahagian daripada operasi “Taufan Al-Aqsa” yang dilancarkan pada 7 Oktober 2023.

Operasi tersebut bermula dengan serangan darat, laut, dan udara ke atas penempatan haram Zionis serta pangkalan tentera di sekitar Gaza.

Sejak serangan balas itu dilancarkan, Al-Qassam mendakwa ratusan anggota tentera dan peneroka Zionis terbunuh, manakala ramai lagi ditawan.

Keadaan di Gaza kekal tegang, dengan pertempuran berterusan menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap penderitaan rakyat Palestin yang terperangkap dalam konflik itu. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemimpin tertinggi Iran gesa hukuman mati terhadap pemimpin Israel

Next Post

Afrika Selatan ulang seruan tindakan global untuk membebaskan Palestin

Related Posts