Sekurang-kurangnya 58 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 38,011 orang sejak 7 Oktober lalu menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Dalam kenyataan pada Khamis kementerian itu memaklumkan kira-kira 87,445 orang lagi cedera dalam serangan itu, menurut laporan Agensi Anadolu.
“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat,” menurut kenyataan itu.
Mengabaikan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata segera, Israel menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan ke atas Gaza.
Lebih lapan bulan konflik Israel-Hamas mengakibatkan kawasan Gaza yang luas musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. – Bernama