Israel mahu lancar serangan darat di Lubnan

Tentera Israel bersiap sedia melancarkan pencerobohan dan serangan darat di Lubnan, kata Komander wilayah utara.

“Sebelum ini anda mendengar jet-jet di udara, kami telah melakukan serangan sepanjang hari.

“Kali ini anda nantikan serangan gelombang baru yang akan bermula,” katanya merujuk kepada Hizbullah.

Israel dikatakan merancang serangan darat di Lubnan yang merangkumi pendudukan zon penampan beberapa kilometer di selatan Lubnan

Jeneral tertinggi Israel di utara, Mejar Jeneral Ori Gordin berkata, bagi membolehkan 60,000 warga Israel kembali ke rumah mereka di utara, tentera sedang mempersiapkan proses satu manuver.

Perang kali ini dilaporkan akan menjadi konflik serantau jika Israel  terus melakukan operasi darat di Lubnan.

Serangan udara tentera Israel yang menyasarkan pangkalan Hizbullah di Lubnan pada Selasa telah membunuh hampir 500 orang termasuk 35 kanak-kanak selain 1,645 lagi cedera.

Serangan itu turut mendorong puluhan ribu penduduk setempat melarikan diri, pada hari yang menyaksikan serangan paling dahsyat lagi berdarah di negara itu sejak beberapa dekad. – Ismaweb

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Malaysia gesa hadkan kuasa veto UNSC, tuntut pelaksanaan resolusi Palestin

Next Post

Rakyat Malaysia dinasihat tinggalkan Lubnan secara sukarela

Related Posts