Pemimpin Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri, menyatakan bahawa kejadian yang berlaku di Amsterdam selepas perlawanan Liga Europa menunjukkan kekejaman yang berterusan di Gaza tanpa sebarang campur tangan antarabangsa akan membawa kepada reaksi spontan oleh masyarakat dunia.
Menurut kenyataan Abu Zuhri pada Jumaat, tragedi yang berlaku di Gaza kini disaksikan secara langsung tanpa tindakan untuk menghentikan atau mengadili pelakunya.
“Peristiwa Amsterdam mengesahkan bahawa kekejaman yang sedang berlaku di Gaza, yang disaksikan secara langsung, akan membawa kepada reaksi spontan jika dunia terus tidak mengambil langkah sewajarnya,” tegas beliau.
Tambahnya, menghentikan kekejaman yang dilakukan oleh Israel di Gaza adalah satu langkah penting dalam memastikan hak asasi manusia dihormati serta untuk menjamin keamanan dan kestabilan di peringkat serantau dan global. – Dunia Palestin