Lebih setengah juta warga Israel meninggalkan negara haram itu dan tidak pulang selama enam bulan pertama perang, Times of Israel melaporkan pada Ahad, memetik Pihak Berkuasa Penduduk dan Imigresen Israel.
Data pihak berkuasa menunjukkan bahawa bilangan warga Israel yang meninggalkan negara haram itu sejak Oktober tahun lalu adalah sekitar 550,000, lebih ramai daripada mereka yang pulang menjelang Paskah tahun ini pada April.
Laman web berita itu berkata tindakan keluar sementara warga Israel semasa perang atau kesukaran teknikal untuk kembali kini telah bertukar menjadi perkara kekal, atau penghijrahan kekal.
Menurut data dari Biro Perangkaan Pusat Israel, pada bulan April, pendatang haram Israel berjumlah 9.9 juta, termasuk lebih daripada 2 juta rakyat Palestin, 400,000 rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur dan 20,000 rakyat Syria di Dataran Tinggi Golan yang dijajah.
Berjuta-juta warga Israel memegang dua kewarganegaraan kerana mereka memiliki sekurang-kurangnya satu kewarganegaraan lain bersama kewarganegaraan Israel mereka.
Israel, yang mengingkari resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera, telah menghadapi kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan kejam yang berterusan ke atas Gaza sejak serangan 7 Oktober tahun lalu oleh kumpulan pejuang Palestin Hamas. – Anadolu Agency