NGO bantah kehadiran Trump, desak Malaysia boikot syarikat terkait genosid

Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) menyuarakan bantahan keras terhadap cadangan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Malaysia, dengan menyifatkan kehadirannya sebagai penghinaan terhadap pendirian negara yang konsisten membela Palestin.

Dalam kenyataan bersama yang disampaikan oleh Pengerusi BDS Malaysia, Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail sempena perhimpunan aman di ibu negara pada Sabtu, mereka menegaskan Trump terbukti menyokong dasar Israel yang membawa kepada pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza.

“Trump secara terbuka menyokong genosid Israel yang telah meragut hampir 65,000 nyawa termasuk hampir 20,000 kanak-kanak, selain terus memberi bantuan kewangan, ketenteraan dan perlindungan diplomatik kepada Israel,” kata kenyataan itu.

Antara rekod kontroversi Trump yang dibangkitkan termasuk memveto resolusi Majlis Keselamatan PBB pada Jun 2025 yang menuntut gencatan senjata segera di Gaza, memotong dana UNRWA, menyokong rancangan pengilhakan wilayah Palestin, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel serta memeterai Perjanjian Abraham tanpa menuntut penamatan penjajahan Israel.

Kumpulan NGO berkenaan turut mendesak kerajaan Malaysia menamatkan sebarang hubungan ekonomi dengan syarikat antarabangsa yang dikenal pasti meraih keuntungan daripada operasi ketenteraan Israel, termasuk Boeing, Amazon Web Services, Microsoft, Caterpillar, BlackRock dan Vanguard seperti dilaporkan Pelapor Khas PBB, Francesca Albanese.

“Kita mesti berdiri teguh di pihak yang benar dalam sejarah. Dana awam Malaysia tidak seharusnya terlibat dengan syarikat yang bersekongkol dalam penindasan. Keuntungan tidak boleh mengatasi prinsip kemanusiaan,” menurut kenyataan itu.

Mereka turut menyeru pengguna meneruskan kempen boikot terhadap syarikat yang terlibat dalam genosid di Gaza antaranya Chevron-Caltex, Hewlett-Packard, Dell, McDonald’s serta syarikat lain yang berada dalam senarai rasmi BDS. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas: 700 hari genosid di Gaza kehinaan terhadap kemanusiaan

Next Post

Hamas puji serangan berani pejuang Palestin di utara Baitulmaqdis

Related Posts