Dasar kebuluran Israel membunuh hampir 200 rakyat Palestin di Gaza

Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan hampir 200 orang, termasuk 96 kanak-kanak, telah meninggal dunia akibat kebuluran di Gaza, ketika penduduk yang kelaparan berjuang sedaya upaya mendapatkan makanan daripada bantuan udara yang berisiko tinggi dan pusat-pusat agihan bantuan yang membunuh dikendalikan oleh GHF.

Ketika kebuluran buatan manusia yang dicetuskan oleh sekatan berterusan Israel semakin mencengkam wilayah tersebut, hospital-hospital mencatatkan empat lagi kematian akibat “kebuluran dan kekurangan zat makanan” pada Khamis, dua daripadanya adalah kanak-kanak, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 197 orang.

Di sebalik angka kematian yang terus meningkat, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa sekitar 12,000 kanak-kanak berusia bawah lima tahun mengalami kekurangan zat makanan akut pada bulan Julai, angka bulanan tertinggi yang pernah direkodkan.

Suasana di Bandar Gaza disifatkan sebagai “bencana maut”, kata wartawan Al Jazeera, Ibrahim al-Khalili, dengan ratusan orang berebut-rebut mengutip cebisan makanan dari palet bantuan yang dijatuhkan di celah runtuhan bangunan yang musnah.

“Di sini, perjuangannya bukan lagi untuk makanan, tetapi untuk terus hidup,” katanya.

Mustafa Tanani, seorang rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal, berkata sebahagian daripada makanan bantuan itu gagal mendarat dengan sempurna dan “tergantung tinggi” di antara bangunan, menyebabkan ia “terlalu berisiko” untuk dicapai. “Keadaannya seperti pertempuran di sini. Kami datang dari jauh, tapi akhirnya pulang dengan tangan kosong,” katanya.

“Semua orang membawa beg bantuan, tapi kami langsung tak dapat apa-apa. Pesawat menjatuhkan bantuan sia-sia sahaja. Tengok di mana mereka campak, di atas sana, antara bangunan. Ia sangat berbahaya bagi kami,” tambahnya. – Al Jazeera

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

80,000 askar Israel jalani rawatan rehabilitasi sejak Oktober 2023

Next Post

Hamas: Pejuang tidak akan letak senjata sehingga kemerdekaan

Related Posts