Israel pindahkan beberapa bandar susulan kebakaran besar hutan

Rejim penjajah Israel memindahkan pendatang haram dari beberapa bandar di tengah Palestin yang dijajah pada Rabu susulan kebakaran hutan yang meluas akibat suhu tinggi dan angin kencang.

Polis menutup Laluan 38, laluan trafik utama dari tengah Palestin yang dijajah ke Baitulmaqdis, dan memindahkan pendatang haram dari bandar Eshtaol, Beit Meir dan Mesilat Zion susulan kebakaran yang berlaku di kawasan Beit Shemesh.

Kebakaran itu mula tercetus berhampiran Moshav Tarum di tengah Palestin yang dijajah dan merebak akibat suhu panas melampau dan tiupan angin yang kuat.

Pihak Bomba dan Penyelamat Israel memaklumkan bahawa 11 pesawat pemadam kebakaran dan lebih 100 pasukan dari seluruh negara sedang giat memadam kebakaran di kawasan Eshtaol, di perbukitan Baitulmaqdis.

Rakaman di media sosial menunjukkan orang ramai berjalan di lebuh raya berhampiran bandar Rehovot, dikelilingi asap tebal.

Saluran berita Israel, Channel 12, melaporkan bahawa tiga anggota bomba cedera ketika bertugas memadam kebakaran di kawasan perbukitan Baitulmaqdis.

Polis Israel dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah mengadakan penilaian situasi di pusat kawalan bomba di Eshtaol, bersama Pesuruhjaya Polis Daniel Levi dan Menteri Keselamatan Israel Itamar Ben-Gvir yang menyertai melalui panggilan telefon dari Amerika Syarikat.

Kenyataan polis itu turut menyatakan arahan Pesuruhjaya Levi supaya pasukan keselamatan bersiap sedia untuk operasi malam, meneruskan usaha di lebuh raya dan bandar dengan menggunakan semua sistem yang ada, termasuk unit udara polis.

Akhbar Israel, Maariv, melaporkan bahawa Levi telah mengarahkan mobilisasi umum anggota bomba bagi meneruskan usaha mengawal kebakaran dan menghalang ia daripada merebak.

Dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen selepas mesyuarat itu, Netanyahu menggesa penggunaan pesawat “Shimshon” (Super Hercules) bagi membantu operasi pemadaman kebakaran antara Baitulmaqdis dan Tel Aviv.

Netanyahu turut menyatakan persediaan untuk mendapatkan bantuan daripada negara luar seperti Greece bagi membantu memadam kebakaran.

Perkhidmatan Meteorologi Israel sebelum ini telah memberi amaran mengenai keadaan cuaca “teruk” pada Selasa dan Rabu, dengan kemungkinan suhu mencecah rekod tertinggi, sekali gus meningkatkan risiko kebakaran. – Anadolu

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tentera Israel memisahkan wilayah di selatan Gaza melalui Laluan Morag

Next Post

Kerajaan Syria tolak sertai Perjanjian Abraham dan normalisasi Israel

Related Posts