Israel memalsukan penemuan terowong untuk tangguh gencatan senjata

Siasatan oleh penyiar awam Israel, KAN mendedahkan bahawa tentera Israel memalsukan penemuan sebuah terowong di Koridor Philadelphi yang terletak di sepanjang sempadan Gaza-Mesir, sedangkan struktur itu sebenarnya hanyalah sebuah terusan cetek.

Pada Ogos lalu, tentera telah menerbitkan gambar-gambar kononnya menunjukkan sebuah terowong di kawasan tidak bersenjata sepanjang sempadan tersebut.

“Tiada terowong pun, sebaliknya hanya sebuah terusan yang dilitupi tanah,” kata KAN.

Tujuan pembohongan ini adalah “untuk membesar-besarkan kepentingan Koridor Philadelphi dan melengahkan perjanjian pembebasan tebusan,” tambahnya lagi.

Menurut KAN, bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant menyokong dapatan tersebut dan berkata, “Ia bukanlah terowong, sebaliknya cubaan untuk menghalang perjanjian gencatan senjata.”

Gallant menjelaskan bahawa struktur itu hanya sedalam kira-kira satu meter dan telah disalah gambarkan kepada orang awam sebagai terowong yang dalam. “Ia dipromosikan kepada umum sebagai terowong dalam bagi menghalang perjanjian dengan Hamas,” tambahnya.

Pergerakan penentangan Palestin, Hamas menuntut gencatan senjata sepenuhnya dan pengunduran tentera Israel dari Gaza sebagai syarat bagi sebarang perjanjian pertukaran tebusan.

Tiada komen segera dikeluarkan oleh pihak tentera berhubung laporan tersebut.

Tentera Israel telah menyambung semula serangannya ke atas Gaza pada 18 Mac, sekali gus menamatkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai pada 19 Januari 2025. – Anadolu

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jihad untuk Palestin: Fatwa dan Tindakan

Next Post

Tentera Israel memisahkan wilayah di selatan Gaza melalui Laluan Morag

Related Posts