Hamas hantar idea baharu akhiri perang di Gaza

Pejuang Hamas memaklumkan mereka sudah menghantar idea baharu kepada Qatar selaku pengantara bagi menamatkan perang Gaza dengan tentera Israel yang sudah berlanjutan selama sembilan bulan.

Dalam masa sama Israel turut mengesahkan pihaknya juga sedang menilai komen Hamas mengenai perjanjian untuk melihat tebusannya di wilayah Palestin itu dibebaskan dan akan memberi jawapan.

Dengan jumlah kematian akibat perang selama hampir sembilan bulan dan keadaan semakin buruk setiap hari bagi penduduk Gaza, kedua-dua pihak terus berdepan peningkatan tekanan antarabangsa untuk melaksanakan gencatan senjata.

Qatar mengetuai proses perantara itu dan bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat (AS).

Israel berkata pihaknya tidak boleh menghentikan persengketaan itu sehingga pemimpin Hamas membebaskan semua tebusannya.

“Kami bertukar beberapa idea dengan rakan pengantara yang bertujuan menghentikan pencerobohan terhadap rakyat Palestin,” kata satu kenyataan oleh pejuang Hamas.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan perkhidmatan perisikan Mossad turut mengesahkan pendekatan baharu itu.

Sementara itu, Israel dalam satu kenyataan pula berkata, pihaknya sudah menerima cadangan dari Palestin menerusi pengantara terbabit.

“Pengantara perjanjian tebusan sudah menyampaikan kepada pasukan perunding mengenai cadangan Palestin berkaitan garis besar perjanjian tebusan.

“Israel sedang menilai cadangan itu dan akan menyampaikan jawapannya kepada pegantara,” katanya.

Menurut sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai rundingan berkenaan, “pihak Qatar menerusi penyelarasan Amerika Syarikat, sudah berbincaang dengan Palestin dan Israel sejak beberapa minggu lalu dalam usaha untuk merapatkan jurang yang ada”. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Singapura sedia iktiraf negara Palestin pada masa sesuai

Next Post

Perang Hittin

Related Posts