Hampir 1 juta penduduk Palestin berdepan musim sejuk tanpa tempat perlindungan

Gambar menunjukkan seorang wanita Palestin yang kehilangan tempat tinggal duduk di luar khemah yang banjir akibat peningkatan paras air laut dan hujan lebat. – Gambar fail Reuters

Majlis Pelarian Norway (NRC) melaporkan hanya 285,000 penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza telah menerima bahan asas perlindungan setakat akhir November.

Ini bermakna, kata NRC, sekitar 945,000 orang masih memerlukan bantuan.

“Kami hanya menerima sebahagian kecil daripada bantuan yang diperlukan untuk menangani krisis tempat perlindungan,” kata Jeroen Quanjer, pengerusi majlis bahagian perlindungan di Palestin.

“Ratusan ribu keluarga yang kehilangan tempat tinggal sedang menghadapi musim sejuk dan hujan tanpa perlindungan yang bermakna.

“Penolakan berulang pihak berkuasa Israel terhadap bahan perlindungan penting menghalang kami daripada meningkatkan usaha membina tempat perlindungan kecemasan yang mampu bertahan dalam keadaan musim sejuk di Gaza.” – Astro Awani

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Angka kematian serangan Israel di Gaza lebih 45,000 orang

Next Post

Malaysia kutuk keras peluasan penempatan haram Israel, serangan udara di Syria

Related Posts