Hamas dan kumpulan Palestin tekad gagalkan penjajahan Tebing Barat

Pergerakan Hamas menegaskan komitmen mereka bersama kumpulan-kumpulan pejuang Palestin yang lain untuk menentang segala usaha rejim Israel memperluas penjajahannya ke atas Tebing Barat, susulan kenyataan terkini Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich.

Dalam kenyataan medianya, Hamas menekankan bahawa pergerakan mereka bersama seluruh rakyat Palestin tidak akan membiarkan tindakan Israel yang disifatkan sebagai penjajahan sistematik ke atas wilayah Palestin.

Hamas menyatakan pendirian tegas untuk menghadang segala rancangan yang cuba dijalankan oleh Smotrich dan kerajaan Israel, sambil menegaskan bahawa tindakan sedemikian tidak akan mengubah hakikat sejarah dan undang-undang bahawa Tebing Barat merupakan hak milik sah Palestin.

“Kami dan semua kumpulan pejuang Palestin akan terus berjuang untuk memastikan penjajahan ini tidak berlaku. Kami tidak akan membiarkan sebarang agenda jahat dilaksanakan di bumi Palestin,” ujar kenyataan tersebut, menyatakan bahawa Tebing Barat adalah sebahagian dari negara Palestin.

Hamas turut menyeru Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk segera bertindak menghentikan rancangan Israel yang dikatakan mencabar undang-undang antarabangsa dan hanya akan menambah ketegangan di peringkat serantau dan global. – Dunia Palestin

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Anggota badan mangsa berselerakan selepas serangan ganas Israel

Next Post

Menteri Pertahanan Israel isyaratkan serangan atas kemudahan nuklear Iran

Related Posts