Abu Ubaidah: Pasukan pejuang berupaya membahayakan Israel

Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas menyatakan bahawa pasukan pejuang Palestin memiliki keupayaan untuk mem­bahayakan Israel, sambil menuduh Tel Aviv cuba mengelak daripada memenuhi komitmennya di bawah perjanjian gencatan senjata.

“Apa yang gagal dicapai oleh musuh Israel melalui peperangan, ia tidak akan dapat diperoleh melalui ancaman dan penipuan,” kata Jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaidah dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen.

Beliau menambah bahawa pihak pejuang mempunyai keupayaan untuk mencederakan musuh Israel dalam sebarang pertempuran akan datang, menyifatkan ancaman Israel sebagai “tanda kelemahan dan kehinaan.”

“Jalan paling singkat ke arah kestabilan serantau adalah dengan memaksa musuh Israel untuk mematuhi syarat-syarat (gencatan senjata) yang telah ditandatangani,” katanya.

Abu Ubaidah menuduh Israel cuba mengingkari perjanjian itu, dengan menyatakan bahawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu “lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding nasib tahanan Israel.”

Beliau menambah bahawa kumpulan pejuang Palestin telah menunaikan komitmen mereka di bawah perjanjian gencatan senjata sejak 19 Januari, termasuk proses pertukaran tahanan yang tersusun. – Anadolu

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hamas: Ancaman Trump merumitkan gencatan senjata Gaza

Next Post

Siapakah pimpinan wanita Hamas yang syahid dalam Taufan Al-Aqsa?

Related Posts