Askar Israel maut dalam operasi rempuhan trak di Ramallah

Seorang askar Israel terbunuh dalam operasi merempuh yang dilakukan menggunakan trak minyak berhampiran penempatan haram Beit El, di bandar Ramallah yang dijajah, pada pagi Rabu.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel mengesahkan butiran kejadian itu, sambil menambah bahawa pemandu itu telah dibunuh. Pemandu itu dikenali sebagai Hayel Deifallah (58 tahun) dari Baitulmaqdis yang dijajah. Beberapa sumber mengesahkan dia cedera dan diculik oleh tentera Israel.

Israel Hayom melaporkan bahawa tentera Israel sedang menyiasat sama ada trak bahan api yang digunakan dalam serangan itu dilengkapi dengan bahan letupan, Unit squad bomb dikerahkan ke tapak tersebut.

Laporan awal daripada media Israel menunjukkan bahawa dua askar cedera dalam serangan itu, seorang dalam keadaan kritikal, sebelum kematian seorang askar disahkan.

Serangan yang melibatkan trak minyak tersebut menyebabkan beberapa orang terkorban, termasuk kecederaan maut dan pemandu Palestin dibunuh di tempat kejadian. – Quds Network

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel tawar ‘laluan selamat’ pada Yahya Sinwar untuk tamatkan perang

Next Post

Helikopter Israel terhempas membunuh 3 askar, mencederakan beberapa yang lain

Related Posts