Hamas mengeluarkan video yang menunjukkan tebusan hidup

Seorang lelaki yang mendakwa sebagai tebusan Israel, Matan Zangauker dalam kurungan muncul di lokasi yang tidak diketahui, dalam imej pegun ini diperoleh daripada video yang dikeluarkan pada 7 Disember 2024, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas.- Foto REUTERS

Sayap bersenjata Hamas, Briged Izzuddin al-Qassam, mengeluarkan video mengenai seorang tebusan Israel yang ditahan di Semenanjung Gaza sejak serangan Hamas pada Oktober 2023.

Dalam video berdurasi tiga setengah minit tanpa tarikh yang tidak dapat disahkan oleh AFP, Matan Zangauker berkata dalam bahasa Ibrani bahawa dia sudah berada dalam kurungan selama lebih 420 hari dan menggesa tekanan awam terhadap kerajaan Israel untuk mendapatkan pembebasan semua tawanan yang ditahan di Gaza.

Zangauker, yang ketika itu berusia 24 tahun, diambil dari Nir Oz bersama pasangannya, Ilana Gritzewsky, bagaimanapun Gritzewsky dibebaskan semasa gencatan senjata tahun lalu.

Ibunya, Einav Zangauker, menjadi antara individu yang paling lantang menggesa Israel untuk merundingkan perjanjian pembebasan tebusan yang akan menamatkan perang.

“Matan masih hidup hari ini tetapi tidak bermakna dia akan bertahan pada musim sejuk atau tekanan tentera yang berterusan. Satu-satunya cara untuk membawa kembali Matan adalah dengan perjanjian.

“Saya menuntut perkara berikut daripada anda, Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, berikan mandat penuh kepada pasukan perunding untuk membawa perjanjian komprehensif yang akan membawa semua orang kembali. ‘Perjanjian komprehensif yang akan membawa semua orang kembali, walaupun ia bermakna menamatkan perang. Tiada muslihat , tiada alasan,” katanya yang turut menyertai bantahan di Tel Aviv, semalam.

Sementara itu, sebuah kumpulan kempen untuk saudara-mara mereka yang diculik ke Gaza, Forum Tebusan dan Keluarga Hilang, berkata video itu adalah bukti bahawa tebusan masih hidup dan “keperluan kritikal” untuk mendapatkan pembebasan mereka “menjadi lebih mendesak dengan setiap jam berlalu”.

Malah pengkritik juga menuduh Netanyahu menangguhkan rundingan gencatan senjata dan memanjangkan perang untuk menenangkan rakan pakatan sayap kanannya.

Pejuang Palestin menculik 251 orang semasa serangan mengejut mereka, dengan 96 daripadanya kekal di Gaza termasuk 34 yang tentera Israel mengatakan sudah mati. – Berita Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel teruskan operasi di selatan Lubnan

Next Post

Pemerintahan rejim Baath di Syria selama 61 tahun tumbang

Related Posts